THE PICTURE MEANS NOTHING //
SALAM REJAB:)
esok dah hari ahad , means SMAKJ dah melambai-lambai .
sekejap dah 2 minggu, dan dah hampir 2 minggu arwah pergi .
Naik sekolah ni , masuk kelas , tak tahu nak express perasaan ni macamana .
walaupun tak pernah rapat, tapi , kami semua sahabat , sahabat sampai syurgaNYA ,
insyaallah , aminn .
Muhammad Sufian bin Mohmod , semoga kau ditempatkan dikalangan hambanya yang soleh.
Semoga penghijrahan kau diterima ALLAH .
sebelum arwah pergi , kata-kata inilah yang dipostkan dalam #team hijrah .
kata-kata yang kitaorang tak boleh lupa , sentiasa akan ingat .
Hijrah jadi lebih baik .
Kitaorang akan cuba jugak untuk change ourself , sufian .
sebab kitaorang pun akan ikut menyusul ke sana ,
tapi tak tahu bila waktunya .
hari rabu hari tu , nadia pergi melawat rumah keluarga arwah dengan yana , dijah ,
kak yah, puja, eqin , ain , sai , put , nana , odah dan sab .
sampai rumah arwah , nampaklah mak arwah masih sebak lagi .
mak arwah pon cakap yang tak sangka dah seminggu arwah pergi .
kak mai pon anggap yang arwah belum pergi selamanya ,
sebabnya kak mai memang tak sempat jumpa arwah .
adik arwah pon menangis , yalah keluarga sendiri , rapat pulak .
kitaorang pon sebak dengar kak mai dan mak arwah cerita .
memang arwah banyak senyap je sebelum kejadian berlaku .
Everyone will die //
Hidup ini sangat singkat. Tak susah jika Allah nak ambil nyawa kita, bila bila masa sahaja. Marilah kita bertaqwa bersama sama//ShamKamikaze//
kita yang kena teruskan hidup , hidup yang takpasti bila akhirnya .
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
semalam , nadia dengar ibu cakap dengan ayah :
Ibu: Banyak nak bayar yuran akak ni.
Ayah: Takpelah ,bayar sikit-sikit dulu.
Nadia , sedar sikit bukan senang nak cari duit ,bukan boleh kutip tepi jalan .
Jangan khianati amanah untuk belajar tu .
Jangan pernah khianati .
Kutiplah mutiara-mutiara ilmu yang ada kat bumi SMAKJ tu .
Kat SMAKJ lah nak perbetulkan solat , bacaan , dan bersihkan hati .
Chaiyok , Nadia ! Belajar untuk redha Allah , untuk masyarakat .
No comments:
Post a Comment