SIAPA sokong couple itu baik?
TAHNIAH! kerana anda sokong couple itu buruk.
Dalam Al-quran berfirman,
"Dan janganlah kamu menghampiri zina...."
JADI, sebelum kita terjebak dalam zina, kita mestilah menjauhi zina iaitu COUPLE macam ini:
MUNGKIN, ada antara kita cakap:
" Ala, kita bukan buat apa-apapun, dating, berbual je,"
Tahukah anda bahawa makhluk jahat yang bernama SYAITAN itu akan terus menghasut
manusia?
Nafsu itu tidak dapat dijangka,
wanita, memang mudah dicairkan hatinya dengan kata-kata lelaki,
pernahkah anda mendengar couple ISLAMIK?
YA. seolah-olah BABI ISLAMIK.
COUPLE dan BABI , dua-dua HARAM.
Fahri suka kepada Wati. Wati seorang yang sangat menjaga agamanya. Suatu hari, Wati turut suka kepada Fahri. Fahri mengajak Wati bercouple secara islamik, Apabila berjumpa, mereka bertadarus bersama, apabila berjalan Fahri di hadapan, Wati di belakang. Setiap pagi Fahri akan menelefon Wati untuk Qiyam bersama.
Sewaktu mereka bertadarus di CAFE, seorang muallaf bertanya kepada Fahri,
"Your WIFE ya?"
"taklah, kami couple islamik,"
Muallaf tersenyum, lalu dia berkata
" Dulu, saya suka makan Babi, sehingga saya masuk islam, saya masih tak mampu tinggalkan, satu hari, saya beli anak Babi, saya jaga dengan baik, setiap hari , saya bacakan Quran, saya ucapkan dua kalimah syahadah, saya mandikan dengan ayat Quran. Bila besar, saya sembelih Babi itu, saya pun masak. Ada seorang ustaz , lalu depan rumah saya, saya pun ajak ustaz makan Babi islamik saya. Ustaz tu cakap dengan saya, benda yang HARAM memang tetap HARAM, TAK BOLEH DIISLAMIKKAN."
anda semua faham tak mesej yang saya nak sampaikan?
yakinlah wahai temanku,
ALLAH itu tahu apa yang terbaik buat setiap hambaNYa,
yang penting kita terus berdoa dan berusaha,
bukan berusaha mencari si Dia yang bakal kita miliki,
tetapi berusaha menjadi yang TERBAIK untuk Dia YANG menciptakan kita.
ALLAH loves YOU no matter what you DO:)
No comments:
Post a Comment